Thursday, July 12, 2012

Blood Test Result - Kolestrol Tinggi OMG!!

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 5:07 PM 7 orang kata Popolita budak pandai
2 minggu yang lalu, aku telah menjalani ujian darah. Saje2 je nak check. Sebab sebelum ni, masa nak derma darah, doktor kata darah aku cair. So, tak cukup syarat untuk menderma. Takleh nak watpe la kan..

Tadi masa aku amik keputusan darah, doktor cakap tahap kolestrol aku tinggi. Melebihi limit yang sepatutnya!! Aku terkejut gila lepas dengar doktor cakap macam tu. Whattt!! Aku tak pernah ada masalah tu sebelum ni. Sebelum ni darah cair, sekarang kolestrol tinggi. Adushhhh... Kena kurangkan makanan berkolestrol la ni. Hish2..

See!! This is the proof. Cholestrol 5.47. Patutnya paling maksimun 5.2.

Selamat tinggal McD, KFC, Pizza Hut, jajan2 favourite, sosej, burger tepi jalan, keropok lekor.. I'll be missing all of youuuuuU~~

Wednesday, July 11, 2012

Nasihat Untuk Penunggang Motor (Lu Nak Bawak Moto ke Nak Mesej Awek)

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 3:58 PM 2 orang kata Popolita budak pandai
Haishh.. geramm gerammm.. Tadi lagi sikit je nak tersondol motor dan dihimpit bas. Ngeri bercampur geram! Cecite cecite~~

Tadi masa balik dari beli barang, ada satu time tu, aku tengah nak potong bas yang tengah ambil penumpang, lepas tu boleh pulak tetibe ada motor laju je dari kiri mencelah depan kereta aku. Brek tekejut la aku. Terbantut sekejap nak potong bas.


Yang tak puas hatinye, ade ke patut, budak tu bawak motor dah la sambil messaging. Lepas tu, kejap laju kejap perlahan, kejap ketepi kejap ke tengah. Mengundang kemarahan tau tak. Rasa macam nak hon, tapi takut plak skali kena kat budak samseng. Habis pulak cermin kereta aku dia balun pakai helmet nanti.

Aku pun takleh wat pape. Nasib baik haluan tak sama. Boleh jugak aku kawal perasaan marah ni. Hurmmm...

Aduhai.. Ni kakak nak nasihat sikit kepada adik2 yang bawak motor tu. Tolong la hati2. Tengok side mirror tu. Bukan tengok handphone je. Tau la awak terer bawak motor sambil taip mesej. Tapi.. Bahaya sebenarnya. Kalau awk tak sayang nyawa, awk tak sayang sorang2 je lah. Jangan babitkan pengguna jalanraya lain. Wassalam.

Tuesday, July 10, 2012

Melangkah Kepada Minat Baru - Menjahit Manik

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 11:38 AM 6 orang kata Popolita budak pandai
Yap! Betul seperti yang tertera pada tajuk entri. Minat yang baru. Yeahoooo! Macam mane tetiba leh minat kan?

Satu hari, masa tu ibu baru balik dari kelas belajar menjahit. Ibu cerita la, baju yang ada manik2 tu lawa2 semua. Aku mengiakan jela. Sebab memang banyak kat kedai kan.

Then, tetiba cam tertarik bila ibu cakap kat tempat belajar jahit tu, ada sorang budak ni paaaandai sangat jahit manik. Kat baju dia semua dia buat sendiri. Tak payah tempah mahal2 kat orang. Ibu kire impress jugak kat dia. Lepas tu, aku tetiba cakap kat ibu, aku pun nak belaja jugak la.. Hehe...

Tak sangka esoknye, ibu belikan buku dan manik sample untuk belaja. Aku tau, my mom is a supportive person. Aku happy gila!

Ni la buku dan sample manik nye.

And, till now aku sedang bertatih tatih untuk belajar. Tak lawa and tak kemas lagi hasil kerja aku. Tapi takpe, practise makes perfect kan.. Rilek la, takkan baru 3 hari belaja leh jadi terer. Hehehehe.. Fighting!
 

Farhana Oh Farhana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea