Monday, March 21, 2011

Cara-cara Nak Gembirakan Hati

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 1:00 AM 18 orang kata Popolita budak pandai
Sesambil memperkasakan diri untuk membuat kerja yang entah bila siapnya nih, tetiba rase nak stop kejap. Penat la berkerut dahi lelama. Adui.. Gundah betul jiwa ni..

Aku pun lantas menggoogle cara nak buat hati gembira. Resultnye?? Klik sini. Ade 7 tips yg penulis tu bagi. Aku tertarik ngan tips2 tu. Lalu dengan pantas aku meng'create' new post dan mengolah entry nya. Heheheh..

.Sekadar gambar hiasan dari pakcik google.

Pertama, jangan ada benci kat sesapa. Tak kire la sesapa pun. Kawan, adik, akak, abang, cikgu, pakcik, makcik, warden asrama, mak tiri, bapa tiri, madu, sepupu, makcik kantin, atuk, nenek, artis2 kontroversi macam fasha sandha.. Ooops!!

Kedua, jangan rasa bimbang. Lagi2 bimbang tanpa sebab. Tah pape la you ols ni! Chill okey! Huhuk..

Ketiga, amalkan hidup bersederhana. Terutamanya dalam aspek pemakanan, gaya hidup, populariti dan perbelanjaan seharian. Kalau rase2 macam tak perlu, tak payah la buat. Kalau rase2 macam boleh menyebabkan riak, jauhi.. Dan yang sewaktu dengannya.

Keempat, jangan terlalu berharap sangat. Kalau tak tercapai, terseksa. Right? Ni ingatan keras untuk diri aku juga sebab aku selalu berharap. Haishh!! Sukar nyaaaaaahhhh..

Kelima, banyakkan memberi. Contohnya macam bersedekah. Tapi ingat! Bersedekah tak semestinya wang ringgit. Kite boleh gak sedekahkan alfatihah kepada orang yang dah tiada.. Hurmm.. Miss you dad..

Keenam, selalu senyum. Senyum kan sedekah. Ini ade relate ngan yang kelima tadi ye kawan2.

Ketujuh, perlu ada teman. Teman untuk berkongsi masalah. Teman yang sudi bersama kite tak kira suka atau duka. Teman yang prihatin. Yang selalu mengajak kita buat benda baik. Yang selalu tegur masa kita buat salah. Yang selalu belanja kita makan dan minum..... Oops! Yang last tu bukan.

Dat's all.. Chill selalu okey! Paling penting, selalu lah berdoa dilapangkan dada, diterangkan hati agar jiwa kita tak gundah gulana. Peringatan khusus untuk diri aku.. =D

Sunday, March 20, 2011

Mengaku Bodoh

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 2:08 PM 6 orang kata Popolita budak pandai
Tengah dok syok2 bace Harian Metro Online tadi, ecececehhh bace la sangat kan.. Yang sebenarnya, banyak baca title ngan tengok gambar je.. kalau title agak tertarik menarik baru la bace full. Ok kite sambung cerita.

Tengah dok syok2 bace Harian Metro Online tadi (ye.. aku tau aku repeat ayat.. huahua), tibe2 tertarik nak baca salah satu cerita yang bertajuk 'Mengaku Bodoh'..

Menurut berita tu, seorang lelaki telah bertindak bodoh dengan merompak bos dia sendiri. Gile kentang.. Rompak bos sendiri tu.. Risiko risiko.. haishh...

Sebabnye? Sebab bos dia potong gaji dia. Dia marah sangat. So dia pun rompak la bos dia. Hurmm... Speechless!
.Sumber Pakcik Google lagi.

Pastu, lelaki tu pun dikenakan hukuman penjara 14 tahun ngan 3 kali sebatan. Fuyooohh! Mantap betol hukuman nye kan. Konfem pesalah tu menyesal gila gila gila babengggg sebab rompak bos..

Kepada kawan2, jangan lah bertindak bodoh. Fikir dulu sebelum buat. Okey sayang sayang semua... Dush Dush Dushhhhh~

Saturday, March 19, 2011

Gadis kelar Tangan Setelah Dirogol

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 7:35 PM 10 orang kata Popolita budak pandai

Terkejut sesangat lepas baca pasal 'Gadis Kelar Tangan Selepas Dirogol' kat dalam Berita Harian Online hari ni. Haishh.. Kenapa boleh jadi macam tu kan? Hurmm.. aku nak kata bebanyak pun tak boleh la jugak. Sebab tak pernah alami ujian yang sebesar itu dalam hidup ni.

Tapi, ape yang aku boleh cakap, kasihan teramat kat budak tu. Dah la dirogol. Pastu, dek kerana tak sanggup dan malu nak hadapi hari muka, sanggup kelar tangannya sendiri. Guna serpihan kaca tu. Sakit woi!! Terpijak kaca pun sakit, apatah lagi nak sengaja kelar2 tangan. Adushhh~

Tapi nasib baik la tak mati. Kalau dia mati sebab bunuh diri, makanya, tak cium bau syurga le..

Menurut berita, gadis ni dirogol kerana telah dipelawa oleh rakan2nya supaya meminum sejenis minuman bernama 'Thai Song'. Air tu lah yang buat dia jadi separuh sedar. Pastu terus dia dirogol bergilir2. Kat kebun kelapa sawit plak tu. Haishhh... Kepada gadis2 di luar sana, hati2 kayh! Jangan balun minum terus je bila orang pelawa. Bahaya tau! Sekarang ni macam2 boleh jadi. Aku cakap sebab aku prihatin ngan nasib wanita2 sekarang.. Ingatan untuk diri aku sendiri jugak..
.Gambar dari pakcik Google.

p/s: Teringin plak aku nak jadi kuat macam Lara Croft. Boleh belasah penjahat sebelasah belasahnye. Besttt!!

Friday, March 18, 2011

Lisa Surihani Gementar Aksi Ranjang!

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 11:07 PM 12 orang kata Popolita budak pandai
Dengar2 kate, tak lame lagi cerita Ombak Rindu akan keluar. Lakonan Lisa Surihani dengan Aaron Aziz. Siyesly memang tak sabar nak tengok!!! Sebab nye.. Cerita ni sebenarnye diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashaari. Memang syok habis la novel tu. Semua dah baca. Best teramat!!!!!!!!! Romantik ade, happy ade, sedih gile pun ade.. memang bermain ngan emosi la mase bace novel Ombak Rindu ni. Siap meleh air mate ngan hingus sebab telalu sedih. Hahak! That's why la tak sabar nak tengok filem nye. Harap2 tak menghampakan.

Menurut sumber artikel kat Berita Harian Online, mase belakon cerita ni, Lisa ade makan petai. Pastu, makan petai mesti la ade bau2 mulut yang takleh blah kan. Ade ke patut si Aaron ni siap mintak gule2 getah nak bagi kat Lisa. Suh Lisa makan sebab bau mulut dia. Kuikui lawak2..

Haa.. mengulas pasal title kat atas tu. Kenapa aku tulis title sebegitu? Menurut sumber, Lisa ni tak biase ngan Aaron. Yela, mase Aaron betegur sapa ngan Lisa pun, dia tegur ngan ucapan 'helo' dengan serius dan formal. Sape tak cuak kan. Almaklumlah, bebaru kenal lagi. Dan macam tu, macam mane nak blakon sesame.. Huhu.. Nak tau lebih lanjut, ushar lah kat Berita harian Online yer. Link ade kat bawah ni.

Dapat kat SINI.

p/s: Kan best kalau Iqram Dinzly yang belakon jadi hero nye.. Minat sesangat kat Iqram. Hihik!
 

Farhana Oh Farhana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea