Thursday, January 27, 2011

Blog SpeedTest Application

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 12:21 AM 7 orang kata Popolita budak pandai
Tengah duk syok2 blogwalking pepagi bute ni,
tibe2 ade la satu benda yang menarik perhatian aku.
Dapat benda ni dari blog seorang pemuda. Nama dia ariey.
Nak tau pe benda nye tu?

Tadaa!!!

Kire kelajuan blog anda a.k.a Blog SpeedTest

Memang tak dinafikan la kan,
ramai orang suke letak widget2 yang banyak
sebab nak bagi blog jadik cantik n cute sgt!
Tapi, bile da telalu banyak, maka, berat lah jadi nye.
Maka susah la blogger lain nak blogwalking ke blog anda.
Betul tak?

So, di sini aku ingin mempromote kat kawan2 sume.
Cube try test gunekan Blog SpeedTest ni.
Tengok berape speed yang korang boleh dapat.


Haa.. yang ni result untuk blog aku. Kire okey2 la tu kan. Hek hek hek..


p/s: Kkalau tak silap, kena wat sampai size blog kite 100kb ke bawah baru loading cepat. Kalau tak silap la.. =D

Wednesday, January 26, 2011

Uptown Shah Alam

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 12:57 AM 10 orang kata Popolita budak pandai
Betul la orang kate, memang macam2 ade kat sini.
Baju, kasut, perfume, jeans, bag, macam2 la..
Cume kena pandai pilih je tempat mana yang murah
(ade orang kate aku kedekot, tp sebenanye aku penjimat la). Hehe..

Lepas bejalan2 ke sana dan ke mari,
aku dan kawan2 telah men'decide' untuk beli jeans kat 1 kedai ni.
Harga asal RM59, tp kitorg dpt less RM50.
Ok ke x?

Yang baju tu murah je, RM10. Da penat ronda2. Kitorang pegi makan.
Pastu, kitorang pun balik.
Keesokan harinye, aku ni kepoh2 la kawan aku sorg ni.
Begini la dialog nye (lebey kurang la)..

aku: wei.. semalam kan aku beli seluar kat uptown!!
kawan: yeke.. berape?
aku: RM50 je.. Levi's ni. Murah kan.
kawan: alahai.. tau x, kalau time raye, RM50 ko leh dapat 3 suar pempuan macam tu tau.
aku: OMG!


p/s: betolke leh dpt 3 jeans ngn harge RM50.. aku musykil!

Thursday, January 20, 2011

Bukit Cerakah, Shah Alam

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 5:03 PM 6 orang kata Popolita budak pandai

Yang ni mase kat pintu gerbang masuk ye.. Tiket masuk untuk orang dewasa adalah sebanyak RM3/person. Murah je tu kan.. Hehe



Muke riang setibanya kat sana.. Tu yang sampai melompat tinggi ke angkasa. Huahaha..



Rumah iklim 4 musim memang best. Kebetulan time kami pergi tu, tengah musim salji (ekceli memang da tau dari member2.. hehe). Memang sejuk habis. Macam kat dalam peti sejuk aiskrim plak rase. Sebenanye, memang da teringin sangat2 da nak rase kesejukan musim salji. Huhu.. Dah la semua pkai baju biase. Smpai keluar wap2 udara time bernafas tau. Cayalah!! Tapi kalau kat luar negara mesti lagi sejuk kan? Uishhh...



Time ni kami semua kat kolam ikan, nak bunuh diri (what?!!!).. Haha.. Kidding je! Da name pun kat kolam ikan, mesti lah nak tengok ikan. Banyak sangat ikan lapar kat sini tau. Bagi makan je, semua berebut. Best tengok ikan2 tu berebut. Kiut sangat!!



Yang ni kat Taman Cendawan. Takde lah banyak sangat cendawan kat sini, tak tau la nape nama dia Taman Cendawan. Dahtu, semua replika je. Takde yang betol2 punye pun. Bagi yang suke 'senep' pict sana sini, anda pasti sukakan semua ni. Huhuu~



Ini pula kat depan jambatan gantung. Tapi sangat sedey! Sebab jambatan tu ditutup. Maknenye tak dapek la den nak meraso nek jambatan gantung ni.. Sob sob!



Semua bantai melepak posing kat tepi tasik.. eh, tasik ke kolam tah.. Best sebab kat sini tak ramai orang. Takde la segan nak posing. Hehe..



Ini namanye Empangan Sungai Baru. Lokasi dia dekat2 je ngan kolam ikan tadi. Takde pape pun kat sini. Empangan je. Pape pun, memang gayat la bile lihat ke bawah. Huuuu~

Kat sini kitorang juge berpeluang tengok burung merak dari dekat. Garang tau burung ni. nak patuk2 je. But, diorang sangat kiut!! Kaler sangat cantik! Tapi tak dapat nak letak pict nye atas sebab2 tertentu. Eheh~



Last skali, Bukit Cerakah memang best! Ni pun ade banyak lagi tempat2 yang kitorang tak pergi tau. Try la g sana!

p/s: Melancong la di dalam negara. Tapi, jangan sampai melencong plak!


Saturday, January 15, 2011

Jom Tonton KHURAFAT

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 9:37 PM 2 orang kata Popolita budak pandai
Haa.. petang tadi aku merasa agak sengsara kerana kesunyian. Huhu..

Maka nya, rakanku bernama Nini ajak aku gi Jusco tengok cite "Khurafat" dengan kawan2 (Adah dan Syera). Time tu dah la aku tengah masak bihun sup yang tak berapa nak menjadi. Huhu.. Aku pun orite saje..

Cite tu okey la. Mengejutkan sangat2. Bukan apa, banyak betul scene terkejut2. Terjerit2 orang dalam panggung.. Hantu kat tepi, hantu kat atas, tangan hantu kat bahu, tangan hantu kat kaki.. Adoi la.. Aku ni dah la memang senang sangat nak terkejut2 ni. Seram sejuk kulit ni! Sampai bepeluk2 aku ngan Syera (member duk sebelah aku).. Aauw!

Kepada yang tak tengok lagi, try la tengok. Tapi, kalau aku, aku bagi 2 1/2 bintang je untuk cite ni. Sebab sekejap sangat. 1 jam 20 minit je (kawan aku kata). Tak sempat nak feel. Tapi kan, part yang last2 tu, sedih ckit la.. Eh.. Sedih banyak kot!

p/s: Sokonglah filem tempatan.. =DD
 

Farhana Oh Farhana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea