Monday, March 21, 2011

Cara-cara Nak Gembirakan Hati

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 1:00 AM
Sesambil memperkasakan diri untuk membuat kerja yang entah bila siapnya nih, tetiba rase nak stop kejap. Penat la berkerut dahi lelama. Adui.. Gundah betul jiwa ni..

Aku pun lantas menggoogle cara nak buat hati gembira. Resultnye?? Klik sini. Ade 7 tips yg penulis tu bagi. Aku tertarik ngan tips2 tu. Lalu dengan pantas aku meng'create' new post dan mengolah entry nya. Heheheh..

.Sekadar gambar hiasan dari pakcik google.

Pertama, jangan ada benci kat sesapa. Tak kire la sesapa pun. Kawan, adik, akak, abang, cikgu, pakcik, makcik, warden asrama, mak tiri, bapa tiri, madu, sepupu, makcik kantin, atuk, nenek, artis2 kontroversi macam fasha sandha.. Ooops!!

Kedua, jangan rasa bimbang. Lagi2 bimbang tanpa sebab. Tah pape la you ols ni! Chill okey! Huhuk..

Ketiga, amalkan hidup bersederhana. Terutamanya dalam aspek pemakanan, gaya hidup, populariti dan perbelanjaan seharian. Kalau rase2 macam tak perlu, tak payah la buat. Kalau rase2 macam boleh menyebabkan riak, jauhi.. Dan yang sewaktu dengannya.

Keempat, jangan terlalu berharap sangat. Kalau tak tercapai, terseksa. Right? Ni ingatan keras untuk diri aku juga sebab aku selalu berharap. Haishh!! Sukar nyaaaaaahhhh..

Kelima, banyakkan memberi. Contohnya macam bersedekah. Tapi ingat! Bersedekah tak semestinya wang ringgit. Kite boleh gak sedekahkan alfatihah kepada orang yang dah tiada.. Hurmm.. Miss you dad..

Keenam, selalu senyum. Senyum kan sedekah. Ini ade relate ngan yang kelima tadi ye kawan2.

Ketujuh, perlu ada teman. Teman untuk berkongsi masalah. Teman yang sudi bersama kite tak kira suka atau duka. Teman yang prihatin. Yang selalu mengajak kita buat benda baik. Yang selalu tegur masa kita buat salah. Yang selalu belanja kita makan dan minum..... Oops! Yang last tu bukan.

Dat's all.. Chill selalu okey! Paling penting, selalu lah berdoa dilapangkan dada, diterangkan hati agar jiwa kita tak gundah gulana. Peringatan khusus untuk diri aku.. =D

18 orang kata Popolita budak pandai:

shereena said...

yg keempat 2 susa sikit.hahaha

P0polita said...

@shereena: haa.. tau xpe.. itu lah masalah saye sebenanye.. hahak

bedpet said...

sgt setuju yg first tu. jgn benci, iri hati or dengki kat org. nnt kita yg tak senang :)

P0polita said...

@bedpet: yup2.. thanks for agree.. =D

Sharienz Sz said...

yg ke-4 tu yg susah..
biasala perempuan ni kan suka mengharap huhu..anywy elakkan la terlalu mengharapkan...:)

bersederhanala dlm apa jua keadaan :)

P0polita said...

@Sharienz Sz: Sangat2 setuju.. hanye perempuan je yang faham perasaan perempuan.. huhuuu~

Ungu said...

nombor 4, 6 dan 7.

terbaik. :)

P0polita said...

@Ungu: no.1,2,3 dan 5 tak terbaik ke? uhuhu

fyna said...

gud....nice entry...



jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

여자 이니까® said...

kalo hati mau gumbira,
kita kena la buat apa pun ngan iklas.ehhe

P0polita said...

@여자 이니까®: Yup.. itu sudah semesti nye kan.. =D

Cik Yana said...

Yang no 1 pun susah nak buat =.=

Entry terkini: Serius Letak Jawatan Camni :P

P0polita said...

@Cik Yana: huhu.. agak susah.. tapi apa kata kita mencuba dulu.. hehe..=D

Shazwan said...

senyum slalu :)

P0polita said...

@shazwan: ;)

Er'end said...

Nice artikel n nice blog!
Kedelapannya saya hadir disini untuk jadi sahabatmu.Salam kenal,salam erat persahabatan!

P0polita said...

@Er'end: salam perkenalan..=D

t-ny said...

Kalau org buat kite sakit hati mesti kite tak suka org tu kan?

 

Farhana Oh Farhana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea