Friday, February 25, 2011

Senarai Nama-nama Syaitan

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 6:58 PM


Kat bawah ni ade senarai nama2 syaitan serta peranan2 diorang. Popolita terbace info ni kat blog jejakaterjambu. Korang boleh la klik untuk bace lagi detail ye.

1. Zalitun, tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja,tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

2. Watin, tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada ALLAH Taala.

3. A’awar, tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4. Haffaf, tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah, tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka, dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud, tugasnya menyuruh manusia selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. Dasim, tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan, tugasnya menimbulkan rasa waswas dalam beribadat, khasnya ketika orang itu sedang mengambil wuduk.

9. Lakhus, tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada ALLAH SWT.

10. Sabrum, tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima, umpamanya mengoyak-ngoyak baju pada saat kematian ahli keluarga dan sebagainya.

11. Miswat / Maswat, tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di samping melengah-lengahkan berbuat taat dan amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur / Zaknabur / Zalanbur, tugasnya ialah menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. Khinzab, tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang, dengan membuatkan manusia berasa waswas dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. Laqnis, tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh, inilah jenis syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya, kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas, inilah syaitan yang menimbulkan waswas hati terhadap adanya ALLAH Taala, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingat Tuhannya sepanjang masa.

p/s: So, beware!!

10 orang kata Popolita budak pandai:

KUREKURE COMEL said...

kdg2 kn...mak apak nk bg nme sedap je kt anak2...

skali tgk nama syaitan...ya allah...



ada mina jumpe...last2 anak segan..
smpai tukar nme lain...

HATYCIKNUURUL said...

haa,itulah die,punyer rmai sepupu sepapat syaitan,.hishh,.dh la nme bruk2 sume kn?,.mntak jauh la kite,ibu bapa semue terbagi name ank dgn nme2 syaitan,.nauzubillah,.

Omaq oTai said...

na'uzubillah~
moga dijauhkan syaitan yg direjam dari smua sudut~

Syadatul Adawiya said...

makcik aku ade pekerja bangla name Masud..perangai memang same la dengan setan tuh....ceit.patut la aku tak suke die.ahahaha

hasrul hassan said...

Salam.
Bagus entri ni.

aLL abOut famiLy said...

noted cik pOpOlita...infO bagusss nih~..

NOOR FATIN said...

entry yg sgt bagus!!

:)

nelly said...

Banyak gak nama syaitan ..

Amirrah Zawani said...

bagus info ni.. baru tau nama2 syaitan tu :D

.::: Princess MOMOY :::. said...

hehe...baru jer baca info pasal setna nih tadi
100 Kerja Kosong Sepanjang Tahun 2011"
Korang pernah main game ni?"
Coupon makan-makan untuk korang"

 

Farhana Oh Farhana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea