Monday, September 26, 2011

Semak Status PTPTN Anda!

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 10:02 PM 4 orang kata Popolita budak pandai
Kawan2, jom check status PTPTN kite. Lagi2 yang da lame tak amik tau pasal PTPTN ni kan. Almaklumlah, dah tak belajar lagi. Dah tak bergantung pada duit PTPTN lagi. Dah bekerja sekarang. Dan juga kepada semua yang seringkali buat tak tau saje bile surat bayar balik hutang sampai ke rumah. Macam aku la tu... Huahahaha~

Okay2.. Mari berubah. Jom Kita beramai2 bayar hutang. Klik link kat bawah ni kalau nak tau status anda ye.

[Check Status]

Tata~


Tips Ketika Merindui Seseorang

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 12:12 AM 4 orang kata Popolita budak pandai
Satu hari, aku bertanya pada adikku yang perempuan, berumur 17 tahun, "Jah, macam mane nak buat bila kite rindu kat seseorang ek?". Lepas tu, dia pun jawap, "Ala.. Mesej jela. Tak pun call je. Hish Along ni, kite bawah umur la, jangan tanye soalan2 macam tu lagi.. Lalalala".

Satu hari yang lain pula, aku bertanya lagi pada adikku. Tapi, kali ni pada adik lelakiku yang berumur 8 tahun. Dia jawab, "Rindu sape Long. Kekasih ke?". LOL! aku pun tak tau dari mana dia dapat tau term 'kekasih' tu. Budak2 zaman siber........

Merepek2. Huahaha.. Setiap individu ada cara tersendiri untuk menghadapi perasaan rindu. Ingat!!! Rindu bukan untuk boyfriend je tau, kat mak pun kita rindu, kat ayah pun kita rindu, kat adik2 pun rindu, kat atuk dengan nenek pun rindu jugak.

Jika rindu terhadap yang tiada, mestilah kita hadiahkan Alfatihah kerana sesungguhnya itulah yang paling afdal. Tapi jika rindukan pada yang masih ada, macam mana?

1. Call/Mesej - Selalu kalau aku rindu kat ibu aku, call je terus. Walaupun takde mende penting pun nak cakap sebenanye. Saje tanye, ibu tengah watpe, da makan belum, masak pe hari ni. Korang pun mesti d
a biasa dengan cara ni kan?

2. Tengok gambar - Aku simpan gambar yang tersayang kat dalam hp. Sebelum tidur, tatap gambar dulu. Mane la tau, leh mimpi indah2 bersama orang tersayang malam tu.


3. Tulis diari - Cara ni aku buat mase muda2 dulu je la. Sejak2 diari da pernah diceroboh oleh ahli keluarga sendiri, terus malas dah. Tambah2 plak semakin bz dengan kerja sekarang kan.

4. Tengok TV/Karaoke pakai Youtube - Cara ni patut dibuat ketika rindu tu da tak tertampung lagi. Nak buat camana kan, tepakse la lalaikan diri sekejap. Online, bukak youtube pastu search la algu pape yang disukai. Then, mari nyanyi sama2!!

5. Jumpa orang tersayang - Kalau da rindu sangat kat ibu or adik2, balik la ke rum
ah. Habiskan masa bersama. Makan sama2, jalan2 sama2, borak2. At least terubat rindu walaupun da tau, bile da balik rumah sewa, mesti rindu lagi.


P/s: Rindulah!

Saturday, May 14, 2011

Internet Download Manager 6.05 With Keygen and Patch Free Download

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 10:07 PM 8 orang kata Popolita budak pandai
Check SpellingHai.. hari ni aku nak share ngan korang software IDM ni. Sure la ramai yang da tau kan. Tapi aku tetap nak share jugak. Huahaha...

Dengan adanye benda ni, korang leh download lagu, video and pape je yang korang nak dengan mudah. Especially yang suka download video2 kat youtube tu kan.. Hehe.. Ha.. Lagi satu, serial key juga disediakan, so tak payah risau2 pasal trial version ke ape ke.. Enjoy Ok!

Aku pun pakai IDM ni jugak. Senang. Bukak Youtube je, dia da terpapar link untuk kite mendownload. Huhu~
Klik sini untuk mendownload.



p/s: Lepas download nanti extract dulu ye.. Tak paham sile tanye. =)

Wednesday, May 11, 2011

Cara-cara Menjadi Suri Rumah Yang Cool

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 5:58 PM 8 orang kata Popolita budak pandai
Okey okey. Entri kali ni sesuai untuk wanita2 yang baru nak bergelar suri rumah.. Terutamanya, yang dah biase keje, tup tup husband suh duk umah. Jaga umah. Ataupun, boleh jugak dibuat reference oleh wanita2 yang baru berkahwin or baru dapat baby. Hehe.. Enjoy reading yea!


[Pinjam gambar kawin sein kejap. Hehe]

1. Pasal memasak. Suri rumah yang cool mesti la tau memasak. Tak reti takpe, boleh belajar kan.. Tapi, kalau da masak, tp tak sedap, pun takpe. Boleh berlatih setiap hari. Sampai jadik sedap. Bile suami kutuk masakan kita, dia kata tak sedap la, hangus la, busuk la, takpe.. Buat muka cool je. Korang kan cool...macam aku.. Huahaha.. Jawab je kat suami, 'Rileks la bang, nanti anje improve lagi'. Done!

2. Pasal anak2. Bagi pasangan yang ade baby kat umah, kalau baby tu nangis malam2, rileks je. Tak payah cemas2 bangun macam lipas kudung, or kejutkan suami bangun macam ade gempa bumi berlaku untuk tengokkan baby. Cool je. Korang duduk2 jap kat tepi katil, buat la melo ke, horlicks ke, sambil2 minum tu, ushar la baby tu. Pastu buat la pape yang patut. Tuka lampin ke. Bedtime story ke. Poco poco ke.. Nanti senyap la baby tu. Cool rite?

3. Pasal dating ngan suami. Untuk jadi suri rumah yang cool, kalau suami ajak dating, dating la kat tempat2 sejuk. Macam kat kedai peti sejuk ke, ice room ke, kedai jual kipas dan air cond ke.. Baru la cool.. Kalau suami ajak jalan kat supermarket, ckp je 'Tak mau la bang, tak cool ar'..

4. Pasal keadaan rumah. Kat rumah tu, jangan letak banyak sangat hiasan bunge2, daun2, frame2.. dah biasa sangat orang buat. Buat sesuatu yang orang jarang buat. Contohnye, dinding umah corak polkadot, karpet umah diperbuat dari tanah liat, siling umah dilekat2 ngan duit syiling.. Kalau suami tanye, 'apeke pelik bebeno la umah kite ni anje??'.. bgtau la kat suami, 'Rileks la bang, camni baru cool'..

Cool ke tak cool??

Huahahhaa.. Just sharing!~

Monday, March 21, 2011

Cara-cara Nak Gembirakan Hati

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 1:00 AM 18 orang kata Popolita budak pandai
Sesambil memperkasakan diri untuk membuat kerja yang entah bila siapnya nih, tetiba rase nak stop kejap. Penat la berkerut dahi lelama. Adui.. Gundah betul jiwa ni..

Aku pun lantas menggoogle cara nak buat hati gembira. Resultnye?? Klik sini. Ade 7 tips yg penulis tu bagi. Aku tertarik ngan tips2 tu. Lalu dengan pantas aku meng'create' new post dan mengolah entry nya. Heheheh..

.Sekadar gambar hiasan dari pakcik google.

Pertama, jangan ada benci kat sesapa. Tak kire la sesapa pun. Kawan, adik, akak, abang, cikgu, pakcik, makcik, warden asrama, mak tiri, bapa tiri, madu, sepupu, makcik kantin, atuk, nenek, artis2 kontroversi macam fasha sandha.. Ooops!!

Kedua, jangan rasa bimbang. Lagi2 bimbang tanpa sebab. Tah pape la you ols ni! Chill okey! Huhuk..

Ketiga, amalkan hidup bersederhana. Terutamanya dalam aspek pemakanan, gaya hidup, populariti dan perbelanjaan seharian. Kalau rase2 macam tak perlu, tak payah la buat. Kalau rase2 macam boleh menyebabkan riak, jauhi.. Dan yang sewaktu dengannya.

Keempat, jangan terlalu berharap sangat. Kalau tak tercapai, terseksa. Right? Ni ingatan keras untuk diri aku juga sebab aku selalu berharap. Haishh!! Sukar nyaaaaaahhhh..

Kelima, banyakkan memberi. Contohnya macam bersedekah. Tapi ingat! Bersedekah tak semestinya wang ringgit. Kite boleh gak sedekahkan alfatihah kepada orang yang dah tiada.. Hurmm.. Miss you dad..

Keenam, selalu senyum. Senyum kan sedekah. Ini ade relate ngan yang kelima tadi ye kawan2.

Ketujuh, perlu ada teman. Teman untuk berkongsi masalah. Teman yang sudi bersama kite tak kira suka atau duka. Teman yang prihatin. Yang selalu mengajak kita buat benda baik. Yang selalu tegur masa kita buat salah. Yang selalu belanja kita makan dan minum..... Oops! Yang last tu bukan.

Dat's all.. Chill selalu okey! Paling penting, selalu lah berdoa dilapangkan dada, diterangkan hati agar jiwa kita tak gundah gulana. Peringatan khusus untuk diri aku.. =D

Sunday, March 20, 2011

Mengaku Bodoh

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 2:08 PM 6 orang kata Popolita budak pandai
Tengah dok syok2 bace Harian Metro Online tadi, ecececehhh bace la sangat kan.. Yang sebenarnya, banyak baca title ngan tengok gambar je.. kalau title agak tertarik menarik baru la bace full. Ok kite sambung cerita.

Tengah dok syok2 bace Harian Metro Online tadi (ye.. aku tau aku repeat ayat.. huahua), tibe2 tertarik nak baca salah satu cerita yang bertajuk 'Mengaku Bodoh'..

Menurut berita tu, seorang lelaki telah bertindak bodoh dengan merompak bos dia sendiri. Gile kentang.. Rompak bos sendiri tu.. Risiko risiko.. haishh...

Sebabnye? Sebab bos dia potong gaji dia. Dia marah sangat. So dia pun rompak la bos dia. Hurmm... Speechless!
.Sumber Pakcik Google lagi.

Pastu, lelaki tu pun dikenakan hukuman penjara 14 tahun ngan 3 kali sebatan. Fuyooohh! Mantap betol hukuman nye kan. Konfem pesalah tu menyesal gila gila gila babengggg sebab rompak bos..

Kepada kawan2, jangan lah bertindak bodoh. Fikir dulu sebelum buat. Okey sayang sayang semua... Dush Dush Dushhhhh~

Saturday, March 19, 2011

Gadis kelar Tangan Setelah Dirogol

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 7:35 PM 10 orang kata Popolita budak pandai

Terkejut sesangat lepas baca pasal 'Gadis Kelar Tangan Selepas Dirogol' kat dalam Berita Harian Online hari ni. Haishh.. Kenapa boleh jadi macam tu kan? Hurmm.. aku nak kata bebanyak pun tak boleh la jugak. Sebab tak pernah alami ujian yang sebesar itu dalam hidup ni.

Tapi, ape yang aku boleh cakap, kasihan teramat kat budak tu. Dah la dirogol. Pastu, dek kerana tak sanggup dan malu nak hadapi hari muka, sanggup kelar tangannya sendiri. Guna serpihan kaca tu. Sakit woi!! Terpijak kaca pun sakit, apatah lagi nak sengaja kelar2 tangan. Adushhh~

Tapi nasib baik la tak mati. Kalau dia mati sebab bunuh diri, makanya, tak cium bau syurga le..

Menurut berita, gadis ni dirogol kerana telah dipelawa oleh rakan2nya supaya meminum sejenis minuman bernama 'Thai Song'. Air tu lah yang buat dia jadi separuh sedar. Pastu terus dia dirogol bergilir2. Kat kebun kelapa sawit plak tu. Haishhh... Kepada gadis2 di luar sana, hati2 kayh! Jangan balun minum terus je bila orang pelawa. Bahaya tau! Sekarang ni macam2 boleh jadi. Aku cakap sebab aku prihatin ngan nasib wanita2 sekarang.. Ingatan untuk diri aku sendiri jugak..
.Gambar dari pakcik Google.

p/s: Teringin plak aku nak jadi kuat macam Lara Croft. Boleh belasah penjahat sebelasah belasahnye. Besttt!!

Friday, March 18, 2011

Lisa Surihani Gementar Aksi Ranjang!

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 11:07 PM 12 orang kata Popolita budak pandai
Dengar2 kate, tak lame lagi cerita Ombak Rindu akan keluar. Lakonan Lisa Surihani dengan Aaron Aziz. Siyesly memang tak sabar nak tengok!!! Sebab nye.. Cerita ni sebenarnye diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashaari. Memang syok habis la novel tu. Semua dah baca. Best teramat!!!!!!!!! Romantik ade, happy ade, sedih gile pun ade.. memang bermain ngan emosi la mase bace novel Ombak Rindu ni. Siap meleh air mate ngan hingus sebab telalu sedih. Hahak! That's why la tak sabar nak tengok filem nye. Harap2 tak menghampakan.

Menurut sumber artikel kat Berita Harian Online, mase belakon cerita ni, Lisa ade makan petai. Pastu, makan petai mesti la ade bau2 mulut yang takleh blah kan. Ade ke patut si Aaron ni siap mintak gule2 getah nak bagi kat Lisa. Suh Lisa makan sebab bau mulut dia. Kuikui lawak2..

Haa.. mengulas pasal title kat atas tu. Kenapa aku tulis title sebegitu? Menurut sumber, Lisa ni tak biase ngan Aaron. Yela, mase Aaron betegur sapa ngan Lisa pun, dia tegur ngan ucapan 'helo' dengan serius dan formal. Sape tak cuak kan. Almaklumlah, bebaru kenal lagi. Dan macam tu, macam mane nak blakon sesame.. Huhu.. Nak tau lebih lanjut, ushar lah kat Berita harian Online yer. Link ade kat bawah ni.

Dapat kat SINI.

p/s: Kan best kalau Iqram Dinzly yang belakon jadi hero nye.. Minat sesangat kat Iqram. Hihik!

Friday, February 25, 2011

Senarai Nama-nama Syaitan

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 6:58 PM 10 orang kata Popolita budak pandai


Kat bawah ni ade senarai nama2 syaitan serta peranan2 diorang. Popolita terbace info ni kat blog jejakaterjambu. Korang boleh la klik untuk bace lagi detail ye.

1. Zalitun, tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja,tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

2. Watin, tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada ALLAH Taala.

3. A’awar, tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4. Haffaf, tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah, tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka, dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud, tugasnya menyuruh manusia selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. Dasim, tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan, tugasnya menimbulkan rasa waswas dalam beribadat, khasnya ketika orang itu sedang mengambil wuduk.

9. Lakhus, tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada ALLAH SWT.

10. Sabrum, tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima, umpamanya mengoyak-ngoyak baju pada saat kematian ahli keluarga dan sebagainya.

11. Miswat / Maswat, tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di samping melengah-lengahkan berbuat taat dan amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur / Zaknabur / Zalanbur, tugasnya ialah menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. Khinzab, tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang, dengan membuatkan manusia berasa waswas dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. Laqnis, tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh, inilah jenis syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya, kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas, inilah syaitan yang menimbulkan waswas hati terhadap adanya ALLAH Taala, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingat Tuhannya sepanjang masa.

p/s: So, beware!!

Tuesday, February 22, 2011

Lelaki Kisah Tak Kalau Isteri @ GFnye Seorang Smoker?

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 3:13 PM 28 orang kata Popolita budak pandai
.credit to: Pakcik Google.

Tetibe persoalan ni bemain2 plak kat kpale. dan lagi satu, macam mane ek kalau dua2 smoker? Kira macam smoker couple la. Dasyat tuuuhhh.. Huhu~

Ade la satu hari tu kan, da lame da sebenanye, time tu aku nak pergi Giant, tetibe, aku nampak la ade kapel duk semeja kat kedai makan ni. Dua2 smoker. Share2 rokok. Kira macam *You hisap dulu, pastu I hisap* la kan.. Ha! Jangan nak otak blue kat sini eh!

Hurm.. sambung cite. Diorang sangat selambe smoking berdua sambil begelak ketawa tanpa memikirkan persepsi orang lain. Lagi2 orang2 tua yang melihat. Maluuu... Tapi, mungkin mereka mengamalkan cara *Ko pikir ape, ade aku kesah?* kot.. Entah lah..

Pengalaman kedua pulak, aku penah kenal la kan sorang lelaki ni. Borak punye borak, sampai la ke topik smoke2 ni. Aku tanye dia, dia kesah tak kalau dapat wife yg sememangnye seorang smoker.. Pastu tau tak dia jawab pe? Dia kata, dia tak kisah dapat wife smoker, yang penting tak curang dan cukup setia. ADOIYAI!! Ade eh macam tu?

Hm macam2 ragam la orang2 kat planet bumi ni kan. Bagi aku pulak, kalau boleh aku nak pasangan aku tu bukan smoker. And if dia smoker pun, WAJIB ade niat nak stop. Sebab merokok membahayakan kesihatan. Imagine la kan, kalau aku kawin ngan dia nanti, kalau dia sakit macam kat gambar kotak rokok tu, sape nak jage aku? Haa.. kesian aku. Sob sob..

p/s: Terpikir nak banned kedai2 rokok.. and kilang2 rokok kat malaysia ni. Tapi, siapelah aku.. huhu~

Saturday, February 19, 2011

Jom Kira BMI (Body Mass Index)

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 12:42 PM 24 orang kata Popolita budak pandai

Ape bende nye BMI ni?

"Body Mass Index (BMI) merupakan suatu pengukuran yang menunjukkan hubungan antara berat badan dan tinggi badan."

Underweight (berat badan kurang) : BMI di bawah 18.5
Overweight (kelebihan berat badan) : BMI 25-29.9
Obesitas : BMI 30 atau lebih

"Seseorang dengan BMI 25-29,9 dikatakan mengalami kelebihan berat badan (overweight), manakala seseorang dengan BMI 30 atau lebih dikatakan mengalami obesiti."

dpt maklumat kat sini

So, demi kesihatan anda, jom kite kira BMI.
Klik sini.
BMI anda berape?? Hehe..


p/s: popolita sedang berdiet sebenanye. Nak turunkan 5 or 6 kg.. Huwaaa~ dengan nafsu makan yang melampau2, bejaye ke tak ek? =P

Wednesday, February 16, 2011

Berdosa Jika Kita Berkecil Hati

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 12:52 AM 6 orang kata Popolita budak pandai
Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati.


Nak tau lebih lanjut, klik sini. Thanks!
Sangat2 lah informatif sebab sebelum ni memang tak tau pun..


p/s: Besarnye dose aku.. Ya Allah..

Monday, February 14, 2011

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 9:30 PM 2 orang kata Popolita budak pandai

Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yg paling utama bersama-samaku pd hari Kiamat (iaitu yg paling hampir kpdku dan yg lebih berhak dgn syafaatku pd hari Kiamat) ialah yg paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu spt air menghapuskan api”.

Sabda Nabi saw : “Tiada satu doa seseorg itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sbg pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku.Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari, maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat utk akhiratnya dan 30 hajat utk dunianya”.

Nak tau lebih pasal kelebihan n fadhilat selawat, jom ushar sini, sini dan sini.


p/s: Subhanallah.. banyak betul kelebihan berselawat. Jom kite semarakkan maulidurrasul tahun ni dengan banyakkan berselawat..

Semak Saman JPJ dan PDRM

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 12:40 PM 21 orang kata Popolita budak pandai
Pada kamu2 semua yang pernah kena saman tapi lupe dah, nak chek balik, ikut je langkah2 kat bawah ni.. anda semua boleh check saman secara online ataupun SMS. Ikut kesukaan hati nak pilih mane. Hehe..

Lawak la tengok gambar ni.. Lepas saman artis, bergambar ngan artis plak. ekekek.. =P
Gambar ni dpt dari Pakcik Google.

Secara SMS
  • Semakan Saman PDRM
Taip POLIS SAMAN [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
  • Semakan Saman JPJ
Taip jpj [your IC Number] and send to 37773

Secara Online

p/s: Popolita dapat artikel ni kat SINI. Klik je untuk details. =D

Wednesday, February 9, 2011

Happy Valentine!

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 11:36 AM 3 orang kata Popolita budak pandai

"Barangsiapa yang meniru atau mengikuti
suatu kaum (agama), maka dia tergolong dalam kaum (agama) tersebut."
-Hadis Rasulullah s.a.w-


Sejarah Valentine ade kat sini.

Hukum meraikan Valentine ade kat sini.

Lain2 pasal Hari Valentine ade kat sini.

p/s: entry ni pendek je.. harap2 kite semua boleh renungkan bersama dan memberi keinsafan dlm diri..=D

Thursday, January 27, 2011

Blog SpeedTest Application

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 12:21 AM 7 orang kata Popolita budak pandai
Tengah duk syok2 blogwalking pepagi bute ni,
tibe2 ade la satu benda yang menarik perhatian aku.
Dapat benda ni dari blog seorang pemuda. Nama dia ariey.
Nak tau pe benda nye tu?

Tadaa!!!

Kire kelajuan blog anda a.k.a Blog SpeedTest

Memang tak dinafikan la kan,
ramai orang suke letak widget2 yang banyak
sebab nak bagi blog jadik cantik n cute sgt!
Tapi, bile da telalu banyak, maka, berat lah jadi nye.
Maka susah la blogger lain nak blogwalking ke blog anda.
Betul tak?

So, di sini aku ingin mempromote kat kawan2 sume.
Cube try test gunekan Blog SpeedTest ni.
Tengok berape speed yang korang boleh dapat.


Haa.. yang ni result untuk blog aku. Kire okey2 la tu kan. Hek hek hek..


p/s: Kkalau tak silap, kena wat sampai size blog kite 100kb ke bawah baru loading cepat. Kalau tak silap la.. =D

Wednesday, January 26, 2011

Uptown Shah Alam

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 12:57 AM 10 orang kata Popolita budak pandai
Betul la orang kate, memang macam2 ade kat sini.
Baju, kasut, perfume, jeans, bag, macam2 la..
Cume kena pandai pilih je tempat mana yang murah
(ade orang kate aku kedekot, tp sebenanye aku penjimat la). Hehe..

Lepas bejalan2 ke sana dan ke mari,
aku dan kawan2 telah men'decide' untuk beli jeans kat 1 kedai ni.
Harga asal RM59, tp kitorg dpt less RM50.
Ok ke x?

Yang baju tu murah je, RM10. Da penat ronda2. Kitorang pegi makan.
Pastu, kitorang pun balik.
Keesokan harinye, aku ni kepoh2 la kawan aku sorg ni.
Begini la dialog nye (lebey kurang la)..

aku: wei.. semalam kan aku beli seluar kat uptown!!
kawan: yeke.. berape?
aku: RM50 je.. Levi's ni. Murah kan.
kawan: alahai.. tau x, kalau time raye, RM50 ko leh dapat 3 suar pempuan macam tu tau.
aku: OMG!


p/s: betolke leh dpt 3 jeans ngn harge RM50.. aku musykil!

Thursday, January 20, 2011

Bukit Cerakah, Shah Alam

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 5:03 PM 6 orang kata Popolita budak pandai

Yang ni mase kat pintu gerbang masuk ye.. Tiket masuk untuk orang dewasa adalah sebanyak RM3/person. Murah je tu kan.. Hehe



Muke riang setibanya kat sana.. Tu yang sampai melompat tinggi ke angkasa. Huahaha..



Rumah iklim 4 musim memang best. Kebetulan time kami pergi tu, tengah musim salji (ekceli memang da tau dari member2.. hehe). Memang sejuk habis. Macam kat dalam peti sejuk aiskrim plak rase. Sebenanye, memang da teringin sangat2 da nak rase kesejukan musim salji. Huhu.. Dah la semua pkai baju biase. Smpai keluar wap2 udara time bernafas tau. Cayalah!! Tapi kalau kat luar negara mesti lagi sejuk kan? Uishhh...



Time ni kami semua kat kolam ikan, nak bunuh diri (what?!!!).. Haha.. Kidding je! Da name pun kat kolam ikan, mesti lah nak tengok ikan. Banyak sangat ikan lapar kat sini tau. Bagi makan je, semua berebut. Best tengok ikan2 tu berebut. Kiut sangat!!



Yang ni kat Taman Cendawan. Takde lah banyak sangat cendawan kat sini, tak tau la nape nama dia Taman Cendawan. Dahtu, semua replika je. Takde yang betol2 punye pun. Bagi yang suke 'senep' pict sana sini, anda pasti sukakan semua ni. Huhuu~



Ini pula kat depan jambatan gantung. Tapi sangat sedey! Sebab jambatan tu ditutup. Maknenye tak dapek la den nak meraso nek jambatan gantung ni.. Sob sob!



Semua bantai melepak posing kat tepi tasik.. eh, tasik ke kolam tah.. Best sebab kat sini tak ramai orang. Takde la segan nak posing. Hehe..



Ini namanye Empangan Sungai Baru. Lokasi dia dekat2 je ngan kolam ikan tadi. Takde pape pun kat sini. Empangan je. Pape pun, memang gayat la bile lihat ke bawah. Huuuu~

Kat sini kitorang juge berpeluang tengok burung merak dari dekat. Garang tau burung ni. nak patuk2 je. But, diorang sangat kiut!! Kaler sangat cantik! Tapi tak dapat nak letak pict nye atas sebab2 tertentu. Eheh~



Last skali, Bukit Cerakah memang best! Ni pun ade banyak lagi tempat2 yang kitorang tak pergi tau. Try la g sana!

p/s: Melancong la di dalam negara. Tapi, jangan sampai melencong plak!


Saturday, January 15, 2011

Jom Tonton KHURAFAT

Oleh: FarhanaOh Farhana Pukul 9:37 PM 2 orang kata Popolita budak pandai
Haa.. petang tadi aku merasa agak sengsara kerana kesunyian. Huhu..

Maka nya, rakanku bernama Nini ajak aku gi Jusco tengok cite "Khurafat" dengan kawan2 (Adah dan Syera). Time tu dah la aku tengah masak bihun sup yang tak berapa nak menjadi. Huhu.. Aku pun orite saje..

Cite tu okey la. Mengejutkan sangat2. Bukan apa, banyak betul scene terkejut2. Terjerit2 orang dalam panggung.. Hantu kat tepi, hantu kat atas, tangan hantu kat bahu, tangan hantu kat kaki.. Adoi la.. Aku ni dah la memang senang sangat nak terkejut2 ni. Seram sejuk kulit ni! Sampai bepeluk2 aku ngan Syera (member duk sebelah aku).. Aauw!

Kepada yang tak tengok lagi, try la tengok. Tapi, kalau aku, aku bagi 2 1/2 bintang je untuk cite ni. Sebab sekejap sangat. 1 jam 20 minit je (kawan aku kata). Tak sempat nak feel. Tapi kan, part yang last2 tu, sedih ckit la.. Eh.. Sedih banyak kot!

p/s: Sokonglah filem tempatan.. =DD
 

Farhana Oh Farhana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea