JEJAK MENJEJAK

Monday, March 12, 2012

Nafsu Makan Menjadik2!~

Dulu aku makan dengan kuantiti sikit je.

Erm.. OK! Tipu! Hahaha..

Dulu aku memang suke makan. Banyak makan. Tapi sekarang lagi banyak makan. Asik makan je. sebab cepat lapar. Kadang-kadang tu sebelum tido, boleh pulak perut ni berbunyik2 ek. Huhu.. Aku pun makan la. Gi goreng sosej ke, fries ke.. isk2 teruk betul. Tapi sedap. Nak buat macam mane, dah perut mintak.


*Kalau suke makanan berkhasiat takpe la jugak, ini tak! haishh!*

Lalalala!~

Thursday, March 8, 2012

Berdepan dengan si hipokrit! OMG~

Aku tau Jeynab ade kutuk aku belakang2, ade orang bagitau. Bile depan aku, Jeynab baik bukan main. Hurm.. Tapi aku malas nak layankan benda2 tohmahan tu. Orang yang bawak cerita tu kat aku pun ntah betul ntah tak. Ignore jelah.

Dunia dunia..

Sekarang aku tak tau lah sape yang hipokrit sebenarnye. Aku, Jeynab atau pembawa cerita buruk tu. Haishh!~ tak selesa betol lah!

*Aku hipokrit ke bila aku layan semua orang baik2 sedangkan hati rase tak best?*


Monday, September 26, 2011

Semak Status PTPTN Anda!

Kawan2, jom check status PTPTN kite. Lagi2 yang da lame tak amik tau pasal PTPTN ni kan. Almaklumlah, dah tak belajar lagi. Dah tak bergantung pada duit PTPTN lagi. Dah bekerja sekarang. Dan juga kepada semua yang seringkali buat tak tau saje bile surat bayar balik hutang sampai ke rumah. Macam aku la tu... Huahahaha~

Okay2.. Mari berubah. Jom Kita beramai2 bayar hutang. Klik link kat bawah ni kalau nak tau status anda ye.

[Check Status]

Tata~


Tips Ketika Merindui Seseorang

Satu hari, aku bertanya pada adikku yang perempuan, berumur 17 tahun, "Jah, macam mane nak buat bila kite rindu kat seseorang ek?". Lepas tu, dia pun jawap, "Ala.. Mesej jela. Tak pun call je. Hish Along ni, kite bawah umur la, jangan tanye soalan2 macam tu lagi.. Lalalala".

Satu hari yang lain pula, aku bertanya lagi pada adikku. Tapi, kali ni pada adik lelakiku yang berumur 8 tahun. Dia jawab, "Rindu sape Long. Kekasih ke?". LOL! aku pun tak tau dari mana dia dapat tau term 'kekasih' tu. Budak2 zaman siber........

Merepek2. Huahaha.. Setiap individu ada cara tersendiri untuk menghadapi perasaan rindu. Ingat!!! Rindu bukan untuk boyfriend je tau, kat mak pun kita rindu, kat ayah pun kita rindu, kat adik2 pun rindu, kat atuk dengan nenek pun rindu jugak.

Jika rindu terhadap yang tiada, mestilah kita hadiahkan Alfatihah kerana sesungguhnya itulah yang paling afdal. Tapi jika rindukan pada yang masih ada, macam mana?

1. Call/Mesej - Selalu kalau aku rindu kat ibu aku, call je terus. Walaupun takde mende penting pun nak cakap sebenanye. Saje tanye, ibu tengah watpe, da makan belum, masak pe hari ni. Korang pun mesti d
a biasa dengan cara ni kan?

2. Tengok gambar - Aku simpan gambar yang tersayang kat dalam hp. Sebelum tidur, tatap gambar dulu. Mane la tau, leh mimpi indah2 bersama orang tersayang malam tu.


3. Tulis diari - Cara ni aku buat mase muda2 dulu je la. Sejak2 diari da pernah diceroboh oleh ahli keluarga sendiri, terus malas dah. Tambah2 plak semakin bz dengan kerja sekarang kan.

4. Tengok TV/Karaoke pakai Youtube - Cara ni patut dibuat ketika rindu tu da tak tertampung lagi. Nak buat camana kan, tepakse la lalaikan diri sekejap. Online, bukak youtube pastu search la algu pape yang disukai. Then, mari nyanyi sama2!!

5. Jumpa orang tersayang - Kalau da rindu sangat kat ibu or adik2, balik la ke rum
ah. Habiskan masa bersama. Makan sama2, jalan2 sama2, borak2. At least terubat rindu walaupun da tau, bile da balik rumah sewa, mesti rindu lagi.


P/s: Rindulah!

Thursday, September 22, 2011

Korang ada tahi lalat?

Terdapat beberapa pendapat yang bersetuju bahawa tahi lalat merupakan penyeri wajah. Ye! Memang wajah berseri2 dan unik pun bile ada tahi lalat.. lawa gitu!

Tengok! Hot tak bila ada tahi lalat? Hehe..

Gambar2 ni dicuri dari Pakcik Google.. Macam biasa la kan.. lol!~

Ada juga yang tak suka dengan tahi lalat yang dimiliki. Mengganggu katenyeee... Ye! Mungkin sebab tahi lalat tu menggangu kehidupan individu. Contohnya, tahi lalat yang besar di bahagian deria penting manusia, contohnya mata. Menggangu penglihatan katenyeee... sampaikan ade yang sanggup nak buang tahi lalat tu pakai sepit kuku! OMG!!

Tahi lalat, ataupun nevus pigmentosus, merupakan sejenis tumor yang jinak pada kulit yang paling umum dijumpai pada manusia. Tumor jinak ini berwarna gelap, saiznya tetap, tapi ada juga yang boleh membesar.

Tapi awas!! Ada juga tahi lalat yang berpenyakit. So, kena hati1 la ye. Terutama sekali kepada mereka2 yang sedar ada tahi lalat baru nak tumbuh.

Antara tanda2 tahi lalat berpenyakit adalah cepat membesar, berbulu, berubah warna – merah-coklat-hitam, sakit apabila dipicit/ditekan, tersentuh, mudah berdarah, keluar air dari tahi lalat, bernanah, mudah terluka dan berdarah.

So, ingin diseru di sini, kalau korang mengalami simptom2 macam yang dah disebut tu, sile2 la dapatkan rawatan dan nasihat di hospital dengan doktor pakar kulit. Okay?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...